Dengan Cinta datangnya sabar,
Orang berCinta tiada gusar,
Apa berlaku hanyalah mata kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan cinta tiada was-was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, siri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan cinta sentiasa mahu berhubung,
Juga rasa mahu bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa Bertemu di Syurga.
Dengan Cinta datangnya pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
sungguh indah hidup bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang zaman,
Melalui kekasih dia sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang jalan.
Dengan Cinta penuh pengharapan
Takutnya hilang Cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam persiapan
Sampai waktu, akan disemadikan.

klau dah jatuh cinta cepat2 la kawen hihihihi
ReplyDeletehihihi..tungguu...
ReplyDelete